Permatang Pauh: Mayat seorang lelaki dibungkus dengan kain putih ditemukan berada di dalam longkang Pasar Sama Gagah di sini, sekitar jam 7 pagi tadi.

Penemuan itu menggemparkan ramai pengunjung yang datang ke pasar itu untuk membeli keperluan harian.

Salah seorang pengunjung tetap pasar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asma berkata, dia terkejut dengan penemuan mayat berbungkus itu ketika mahu membeli ikan di pasar berkenaan.

Dia berkata, orang ramai turut berkumpul di dalam pasar kerana ingin mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku.