Kuala Lumpur: Kejayaan menamatkan penantian 36 tahun untuk merangkul emas regu berpasukan Sukan Asia Asia Aichi-Nagoya 2026 dan meraih perak dalam acara regu akhirnya menghadirkan rezeki berganda buat skuad sepak takraw lelaki negara apabila Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menghadiahkan ganjaran keseluruhan RM160,000 kepada barisan Golden Tigers.
Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen persatuan untuk menghargai pencapaian pemain tanpa hanya bergantung kepada insentif kerajaan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).
Katanya, walaupun jumlah peruntukan bergantung kepada kemampuan semasa persatuan, PSM mengambil tanggungjawab untuk menyediakan ganjaran tambahan sebagai tanda penghargaan kepada 12 pemain dan dua jurulatih yang menggalas cabaran negara di pentas terbesar Asia itu.









