Paris: Tindakan penggodam menaikkan suhu peti sejuk dan peti sejuk beku di ratusan pasar raya Perancis sehingga 50 darjah Celsius dalam tempoh semalaman menyebabkan kebakaran dan makanan rosak.
Pejabat pendakwa raya Paris pada Isnin berkata, serangan siber berskala besar itu menjejaskan peti sejuk yang disambungkan ke beberapa rangkaian peruncit makanan utama di seluruh Perancis.
Perdana Menteri Sebastien Lecornu mengarahkan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan Perancis (ANSSI) untuk menyiasat insiden itu.
Perancis juga menyelaras siasatan dengan rakan sejawat di Eropah yang berkemungkinan terjejas, selain menilai risiko terhadap syarikat Perancis yang lain.









