Los Angeles: Pelakon Selma Blair ditahan selepas didakwa menyerang pramugari dalam penerbangan Delta Air Lines dari Los Angeles ke New York.
Jabatan Polis Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey berkata, Blair, 54, yang terkenal menerusi filem Cruel Intentions dan Hellboy dikenal pasti sebagai suspek dalam serangan yang dilapor berlaku petang Ahad lalu.
Menurut kenyataan polis, pelakon Amerika Syarikat itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
"Dua pramugari melaporkan mengalami kecederaan dan seorang daripada mereka dibawa ke hospital," kata pihak polis.








