Bangi: Empat sekawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan ditanam di Semenyih, bulan lalu.

Asrul Siwi, 32, Amirul Maamur Rosli, 27, Amri Rizani Darus, 36, dan Rijal Haryono, 47, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saira Banu Mohamed Ashrof Raja.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan membunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, Asrul dan Amirul bersama tiga lagi individu yang masih bebas didakwa membunuh Mulialisman Nordi, 34, di Batu 28, Sungai Lalang, Mukim Ulu Semenyih, di Hulu Langat, antara jam 4 pagi, 24 September hingga 2 petang, 25 September lalu.