Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menjalankan kajian bagi membendung aktiviti 'ulat tiket'.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, kajian berkenaan akan dimuktamadkan dan dibawa ke peringkat pelaksanaan pada tahun hadapan.
Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada amalan penjualan tiket pada harga jauh lebih tinggi daripada harga asal yang membebankan pengguna dan mendedahkan mereka kepada risiko penipuan.
"Ketika ini, negara masih belum mempunyai peruntukan undang-undang khusus yang menangani aktiviti ulat tiket secara menyeluruh," katanya ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fafsdasdadasd_800299.png&w=480&output=webp&q=85&we)