Kuala Lumpur: Penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dakwaan menyamar pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menawarkan perkhidmatan mendapatkan lesen perniagaan dengan bayaran RM500.

Tertuduh, Ucis Ikmal Shah Mohd Ali, 21, didakwa menipu peniaga, Norizawati Hamzah sehingga mangsa menyerahkan RM300, yang dilakukan di sebuah restoran di Desa Petaling, di sini, pada 6 petang 4 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ucis yang mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan ketika tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chan Choon Yew.