KUALA LUMPUR – Akta Anti Lompat Parti didakwa bukan sahaja gagal menghalang wakil rakyat bertukar sokongan politik, malah menganiaya ahli Parlimen yang digantung keahlian oleh parti sehingga menyukarkan mereka menentukan hala tuju politik sendiri.Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, disebabkan itu kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan undang-undang berkenaan bagi memastikan ia tidak menjejaskan kedudukan wakil rakyat yang berdepan tindakan disiplin parti."Akta Anti Lompat Parti bukan sahaja tidak berjaya menghalang perbuatan melompat, tetapi menganiaya kami yang dianiaya oleh parti."Kami berada dalam keadaan serba salah, parti tidak mahukan kami, tetapi kami tidak boleh 'move on' untuk mencorakkan jajaran politik sendiri," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Selasa.Pada 10 Mac lalu, Ronald yang ketika itu memegang jawatan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digantung keahlian parti selama dua penggal atau bersamaan dengan enam tahun berkuat kuasa serta-merta.Penggantungan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin Bersatu mendapati Ronald melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti serta Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.Tindakan tersebut turut dikaitkan dengan sokongan terbukanya terhadap bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin termasuk penglibatan dalam program RESET yang digerakkan selepas Hamzah dipecat daripada parti pada Februari lalu.Mengulas lanjut, Ronald menegaskan, kerajaan perlu mengambil peluang ketika masih berkuasa untuk melaksanakan pembaharuan supaya wakil rakyat lain tidak berdepan situasi sama sekiranya berlaku pertukaran kerajaan pada masa depan."Kerajaan yang sedang memerintah harus melakukan sesuatu, kalau tidak jika ada pertukaran kerajaan, mereka akan mengeluh seperti apa yang berlaku pada kami sekarang," ujarnya.Beliau turut membangkitkan isu pemberian peruntukan kepada ahli Parlimen yang menurutnya tidak seharusnya bergantung kepada kedudukan mereka sebagai wakil rakyat kerajaan atau pembangkang.Ronald berkata, pengalaman selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, apabila ahli Parlimen pembangkang tidak menerima peruntukan kerajaan, menunjukkan perlunya jaminan lebih kukuh bagi memastikan kemudahan itu diberikan secara adil.Beliau berpandangan, pemberian peruntukan kepada semua ahli Parlimen perlu dipertimbangkan menerusi pindaan perlembagaan supaya kemudahan berkenaan tidak berubah mengikut pertukaran kerajaan.Ronald turut bersetuju bahawa soal peruntukan yang diguna untuk menekan wakil rakyat yang tidak menyokong Perdana Menteri merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa."Kalau itu dibuat sekarang ini, kerajaan akan datang akan melakukan perkara yang sama. Siapa juga yang duduk di sebelah sini (pembangkang) akan berhadapan dengan keadaan yang sama," ujarnya.
'Akta Anti Lompat Parti aniaya ahli Parlimen digantung parti' – Ronald Kiandee

Key points
- KUALA LUMPUR – Akta Anti Lompat Parti didakwa bukan sahaja gagal menghalang wakil rakyat bertukar sokongan politik, malah menganiaya ahli Parlimen yang digantung keahlian oleh parti sehingga menyukarkan mereka menentukan hala tuju politik sendiri.
- Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, disebabkan itu kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan undang-undang berkenaan bagi memastikan ia tidak menjejaskan kedudukan wakil rakyat yang berdepan tindakan disiplin parti.
- Pada 10 Mac lalu, Ronald yang ketika itu memegang jawatan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digantung keahlian parti selama dua penggal atau bersamaan dengan enam tahun berkuat kuasa serta-merta.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- By
- RAIHAM MOHD SANUSI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Akta antilompat parti gagal, aniaya MP digantung, kata Ronald Kiandee
- Sinar Harian 'Akta Anti Lompat Parti aniaya ahli Parlimen digantung parti' – Ronald Kiandee (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FSS1ddd_297864.png&w=480&output=webp&q=85&we)
