PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) sudah memulakan perancangan awal bagi membentuk skuad kebangsaan yang lebih berdaya saing dalam usaha memburu kejayaan pada Sukan SEA 2027 di laman sendiri.Ketua jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun berkata, seramai 21 pemain akan dikekalkan selain enam pemain pelapis diserap dalam skuad kebangsaan bagi tahun depan namun senarai akhir pemain masih dalam proses penilaian.Beliau berkata, pemilihan pemain akan mengambil kira prestasi semasa di peringkat antarabangsa serta saingan liga domestik sekali gus membuka peluang kepada perubahan dalam senarai sedia ada."Tidak mustahil akan berlaku pertukaran pemain dalam program kebangsaan, selain penambahan enam pemain menerusi program pelapis kebangsaan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat."Kita akan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan iaitu berpasukan, regu, beregu dan kuadran. Ini memerlukan ramai pemain berpotensi untuk dibawa ke dalam skuad kebangsaan," katanya.Menurut Ahmad Jais, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia memiliki kumpulan pemain yang mencukupi dan berkualiti untuk menghadapi cabaran Sukan SEA 2027.Justeru, beliau berharap semua pemain memberikan komitmen terbaik dan sentiasa bersedia merebut tempat dalam skuad kebangsaan menjelang temasya dwitahunan berkenaan."Saya harap semua pemain bersedia kerana kita mahu membentuk pasukan yang benar-benar kompetitif bagi menghadapi Sukan SEA 2027," katanya.Sebelum ini, PSM juga telah menyasarkan untuk meraih sebanyak mungkin pingat emas dalam acara sepak takraw lelaki pada Sukan SEA tersebut.
PSM mula susun strategi buru emas Sukan SEA 2027

Key takeaways
PSM memulakan perancangan awal untuk membentuk skuad kebangsaan yang lebih berdaya saing untuk Sukan SEA 2027.
- PSM akan mengekalkan 21 pemain dan menambah enam pemain pelapis.
- Pemilihan pemain mengambil kira prestasi antarabangsa dan liga domestik.
- Skuad akan menyertai semua acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA 2027.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Malaysia buru emas ke-10, cipta rekod baharu
- Utusan Malaysia Padel: Christian-Aidan buru emas di Sukan SEA 2027
- Berita Harian PSM sasar 'bolot' emas sepak takraw Sukan SEA 2027
- Harian Metro PSM sasar sebanyak mungkin emas Sukan SEA 2027
- Sinar Harian PSM mula susun strategi buru emas Sukan SEA 2027 (this story)







