KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) mengenakan teguran awam terhadap dua bekas perunding Skim Unit Amanah (UTS) kerana melakukan salah laku atau melanggar Kod Etika FIMM.

FIMM dalam kenyataan baru-baru ini memaklumkan, dua individu berkenaan ialah bekas perunding UTS PMB Investment Bhd, Masafaruddin Mohd Shah dan bekas perunding UTS Kenanga Investors Bhd, So Kim Eng.

Kedua-duanya didapati melanggar Perenggan 3.1, 3.5, 4.3(f) dan 4.4(e) Kod Etika FIMM.

Menurut FIMM, salah laku Masafaruddin dikesan oleh bekas syarikat pengedarnya selepas beliau menerima borang pelaburan yang ditandatangani atau dicap ibu jari terlebih dahulu daripada dua pelabur.