ISTANBUL: Mesir bersedia memberikan sebarang bentuk sokongan kepada Arab Saudi ketika negara itu berdepan serangan Houthi yang semakin meningkat, kata Menteri Luar Badr Abdelatty pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Apa sahaja yang diminta oleh Arab Saudi, sudah tentu kami akan memberikan respons," kata Abdelatty kepada Bloomberg Television ketika ditanya sama ada Mesir boleh memberikan sokongan ketenteraan kepada Arab Saudi.
"Tanpa sebarang keraguan, kami menyediakan segala bentuk sokongan," katanya dalam wawancara di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Bangkok yang berlangsung dari 12 hingga 18 Oktober.
Abdelatty turut berkata, Mesir sedang mempertimbang secara serius untuk menyertai Perjanjian Pertahanan Bersama Makkah yang kini membabitkan Arab Saudi, Turkiye dan Pakistan.









