SEPANG: Pingat perak Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menjadi pembakar semangat buat gandingan padel lelaki negara, Christian Didier Chin-Aidan Yunus untuk memburu emas pada Sukan SEA 2027.

Bagi Christian-Aidan, kegagalan membawa pulang pingat emas di Sukan Asia bukan pengakhiran, sebaliknya menjadi titik permulaan untuk memburu pencapaian lebih tinggi pada masa akan datang.

Menurut Aidan, mereka kini dahagakan kejayaan selepas terlepas peluang untuk membawa pulang emas pada penampilan sulung di pentas Sukan Asia dan mahu menebus kekecewaan itu di halaman sendiri tahun hadapan.

Presiden MPA, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah (dua kanan) bersama atlet Padel negara, Christian Didier Chin dan Aidan Yunus yang merangkul pingat perak pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA