helmi.talkah@bh.com.my
Nagoya: Kekalahan di pentas final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bukan pengakhiran buat gandingan padel negara, Christian Didier Chin-Aidan Yunus, sebaliknya menjadi titik permulaan untuk mereka kembali lebih kuat dalam usaha mengharumkan nama Malaysia.
Christian-Aidan yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas kepada pilihan pertama dari Qatar, Mashari Naif-Rashed Naif, kini mengalihkan tumpuan kepada misi memburu kejayaan lebih besar, terutama pada Sukan SEA 2027 yang menyaksikan Malaysia sebagai tuan rumah.
Pada aksi final di Pusat Sukan Nagoya City Higashi itu, gandingan negara tewas 3-6, 1-6 dalam tempoh 55 minit, meskipun sempat mendahului 3-1 pada set pertama.









