KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines hari ini mengumumkan pembatalan semua penerbangannya yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Jeddah serta Madinah di Arab Saudi bagi tempoh 12-17 Oktober ini.

Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan nasional itu memaklumkan langkah berjaga-jaga itu adalah sebagai susulan terhadap beberapa siri serangan ke atas lapangan terbang di Arab Saudi.

Berikutan itu, Malaysia Airlines meminta penumpang yang terjejas untuk memilih sama ada mendapatkan bayaran balik penuh atau menukar tarikh penerbangan ke tarikh lain tanpa sebarang caj tambahan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh asal penerbangan masing-masing.

Penumpang terbabit boleh mengemukakan permohonan bagi tujuan penjadualan semula penerbangan atau bayaran balik melalui ruangan ‘My Booking’ di laman sesawang atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines, perkhidmatan Live Chat atau Pusat Perhubungan Global di talian 1 300 88 3