SUNGAI PETANI: Warga Myanmar yang mempunyai rekod kesalahan jenayah di negara ini tidak akan dihantar pulang ke Myanmar serta-merta, sebaliknya perlu menjalani proses undang-undang Malaysia terlebih dahulu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu merupakan antara ketetapan dalam mekanisme penghantaran pulang yang dipersetujui kerajaan Myanmar menerusi pertemuan dua hala, baru-baru ini.

“Pemerintah Myanmar bersetuju menerima kembali rakyat mereka yang berada di tempat kita setelah kita melakukan proses yang ditetapkan, melainkan ada satu red line iaitu mereka yang ada rekod jenayah.

“Kalau rekod kita mendapati dia terlibat pelanggaran undang-undang, kita akan uruskan secara undang-undang dahulu. Itu tidaklah segera penghantaran pulang,” katanya pada sidang akhbar Program Townhall Madani di Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari