Kuala Lumpur : Penganjuran kejohanan tinju pempengaruh, All Star Championship 2026 (ASC26) terus membuktikan kedudukannya dalam landskap sukan digital tempatan dan antarabangsa menerusi penganjuran di Kuala Lumpur serta Dubai sebelum ini.

Pengasasnya, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, kritikan segelintir pihak di media sosial adalah perkara biasa dan tidak dapat dielakkan dalam usaha membangunkan platform berkenaan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas komen yang ditinggalkan seorang pempengaruh wanita di Instagram yang mempertikaikan kredibiliti serta ketelusan kejohanan yang bakal berlangsung Sabtu ini.

"Kalau nak persoal kredibiliti atau apa-apa, itu hak masing-masing. Kita tidak boleh lari daripada 'haters' dalam media sosial. Yang penting, apa yang kita buat, kita tunaikan.