Kuantan: Semua institusi pendidikan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang iaitu di daerah ini, Rompin dan Pekan ditutup esok.

JPN Pahang dalam kenyataan media hari ini, memaklumkan bahawa jabatan itu mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid, guru serta seluruh warga pendidikan dalam menghadapi keadaan semasa jerebu.

Beliau berkata, penutupan itu berdasarkan keadaan semasa jerebu serta pemantauan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

"Sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hendaklah dilaksanakan melalui kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.