Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia yang mahu melancong atau berlepas ke luar negara dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya atau bersubahat menerima sebarang barangan kiriman bagi mengelakkan daripada menjadi 'keldai dadah'.
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, langkah berwaspada amat penting ketika menerima tawaran untuk membawa barang atau kiriman pada saat-saat akhir ketika mahu ke luar negara.
"Jangan sewenang-wenangnya menerima apa juga tawaran membawa barangan milik orang lain pada saat akhir, memakai atau menggunakan barang yang tidak diketahui apa kandungannya pada saat-saat akhir di lapangan terbang.
"Berwaspada juga dengan sebarang tawaran pelancongan yang dibiayai atau ditaja oleh mana-mana pihak melalui platform media sosial.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FSS1ddd_297864.png&w=480&output=webp&q=85&we)

