Kuala Lumpur: Majlis Amanah Rakyat (MARA) berharap semua peruntukan yang diluluskan dalam Belanjawan 2027 benar-benar disalurkan supaya ia dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu penting berikutan pengalaman sebelum ini, peruntukan yang diluluskan tidak sampai pada peringkat pelaksanaan.

"Saya mengharapkan satu sahaja, apa juga peruntukan yang diluluskan dalam belanjawan, ia benar-benar dapat disalurkan sebagaimana yang diluluskan.

"Apa yang berlaku sebelum ini, bajet diluluskan tetapi apabila sampai ke peringkat pelaksanaan, peruntukan tidak sampai. Itu yang membuatkan kita berasa ralat, khususnya MARA," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Siri Jelajah MRSM dan Media Prima: MRSM Bintang Media 2026 di Balai Berita, di sini, hari ini.