KPDN berharap pewujudan peraturan itu dapat menyediakan mekanisme kawal selia lebih bersesuaian untuk menangani aktiviti ulat tiket selain perkukuh perlindungan hak pengguna dalam urusan pembelian.KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meneliti Seksyen 15(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi mengenal pasti ruang perundangan untuk membangunkan kerangka kawal selia khusus bagi membendung kegiatan ‘ulat tiket’.
Timbalan Menteri, Fuziah Salleh, berkata kajian itu turut merangkumi penelitian undang-undang di beberapa negara lain bagi mengenal pasti pendekatan sesuai dengan keperluan Malaysia.
Katanya, ketika ini negara masih belum mempunyai peruntukan undang-undang khusus yang menangani aktiviti ulat tiket secara menyeluruh.







