Asrul Siwi, 32, Amirul Maamur Rosli, 27, Amri Rizani Darus, 36, dan Rijal Haryono, 47, didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas pertuduhan subahat dan membunuh penjual durian yang mayatnya ditemukan ditanam di Semenyih. (Gambar fail)KUALA LUMPUR: Empat rakan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat dalam pembunuhan seorang penjual durian yang mayatnya ditemukan ditanam di Semenyih, Selangor, bulan lepas.
Asrul Siwi, 32, Amirul Maamur Rosli, 27, Amri Rizani Darus, 36, dan warga Indonesia Rijal Haryono, 47, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Saira Banu Mohamed Ashrof Raja.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.








