Ronald Kiandee (PN-Beluran) beri amaran kepada Ahli Parlimen kerajaan bahawa mereka boleh berdepan isu peruntukan sama yang menjejaskan Ahli Parlimen pembangkang.KUALA LUMPUR: Kerajaan sepatutnya meminda peraturan majlis mesyuarat Parlimen termasuk menggubal undang-undang peruntukan saksama selagi masih ada kuasa berbuat demikian, kata Ronald Kiandee (PN-Beluran).

Beliau menyeru peruntukan kawasan Parlimen saksama bagi semua Ahli Parlimen dijamin di bawah undang-undang, mempermudah akses bagi usul tidak percaya di Dewan Rakyat, serta meminda undang-undang antilompat parti.

Kiandee berkata, peruntukan kawasan Parlimen sepatutnya dilindungi undang-undang demi memastikan Ahli Parlimen pembangkang menerima dana sama seperti Ahli Parlimen kerajaan, tanpa mengira parti mana memegang kuasa.