Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan Tasek Corporation Bhd dan memerintahkan syarikat itu membayar kos sebanyak RM30,000.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bahawa tindakan pengeluar simen memberhentikan bekas pengurus sumber manusia kumpulannya bukan pemberhentian pekerja yang benar-benar disebabkan lebihan kakitangan.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Azizul Azmi Adnan, Ong Chee Kwan dan Radzi Harun sebulat suara menolak rayuan Tasek Corporation Bhd serta memerintahkan syarikat itu membayar kos RM30,000.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Azizul berkata Mahkamah Tinggi tidak tersilap apabila memutuskan bahawa Tasek gagal membuktikan jawatan Cha Poh Onn benar-benar tidak lagi diperlukan akibat lebihan tenaga kerja.