PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam menasihatkan bekas Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), Wong Yan Ke bahawa kebebasan bersuara hak penting setiap individu, namun perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan tidak membelakangkan undang-undang.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Noorin Badaruddin, yang mengetuai panel tiga hakim berkata perayu masih mempunyai ruang untuk bersuara, mengkritik dan menyatakan ketidaksetujuan, namun kebebasan itu perlu digunakan dengan menghormati undang-undang.

"Encik Wong, mahkamah tidak menghukum kamu kerana mempunyai pandangan berbeza. Mahkamah menghukum kelakuan berdasarkan dapatan mahkamah bahawa kamu melampaui had ditetapkan undang-undang.

"Hak kepada kebebasan bersuara adalah hak yang penting, tetapi hak tersebut tidak membawa bersama hak untuk membelakangkan undang-undang.