Mahkamah Rayuan sahkan penghakiman terus oleh Mahkamah Tinggi, perintah pereka fesyen Jovian Mandagie bayar kos sebanyak RM60,000. (Gambar Facebook)PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menerusi keputusan majoriti 2-1 mengekalkan dua penghakiman Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Jovian Mandagie, bekas menantu Ismail Sabri Yaakob, membayar balik sejumlah RM10 juta kepada dua syarikat.
Hakim Wong Kian Kheong yang mempengerusikan panel tiga anggota menyampaikan keputusan majoriti itu bersama Hakim Firuz Jaffril, manakala Hakim Evrol Mariette Peters menentang.
Rayuan terbabit melibatkan tuntutan berasingan masing-masing sebanyak RM5 juta yang dikemukakan oleh Bina Pragmatik Sdn Bhd dan Cekap Air Sdn Bhd, yang mendakwa wang dipindahkan kepada Jovian itu merupakan pinjaman atas dasar persahabatan, yang perlu dibayar balik dalam tempoh 12 bulan.







