Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan dakwaan tular kononnya tanah di Mukim Serendah, Hulu Selangor yang diceroboh bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam adalah milik agensi berkenaan.

Setiausaha MAIS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, tanah itu juga bukan di bawah pengurusan MAIS.

"MAIS mengambil maklum berhubung hantaran tular di platform Facebook oleh pengguna akaun Hang Tamim berkaitan tanah di Mukim Serendah, Hulu Selangor, yang didakwa milik MAIS.

"MAIS menafikan bahawa tanah dimaksudkan dalam hantaran itu adalah tanah milik MAIS. Ia tidak berada di bawah pengurusan MAIS.