Kuala Lumpur: Penyanyi popular lagu dialek Kelantan, Rosalinda kini kembali memeriahkan industri seni dengan single terbaharu, 'Abe Jange Bimbey' yang turut menampilkan komposer Eddie Hamid.
Rosalinda atau nama sebenar Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 35, sebelum ini baru muncul dengan single solo, 'Buke Tak Laku' pada Ogos lalu selain lagu duetnya bersama Man Khan, 'Mek In Kelate' pada April lalu.
Penyanyi berasal dari Kemaman, Terengganu ini berkata, dia bersyukur kerana kerjaya seninya mendapat perhatian ramai.
Menurutnya, pada masa sama dia rasa bertuah dapat bergandingan dengan Eddie Hamid dalam lagu bergenre dangdut ciptaan komposer itu, manakala lirik ditulis oleh Ijel, Mama Ana dan Jaju.









