MACHANG: Seorang lelaki ditahan selepas polis menemui 1,000 pil disyaki dadah bernilai RM10,000 dalam serbuan di sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Lalang Luas, Joh Labok, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md Nor, berkata suspek, 24, ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Machang kira-kira jam 3.45 petang selepas selepas dikesan mencurigakan di rumah berkenaan.
"Pemeriksaan polis menemui empat peket plastik biru setiap satunya mengandungi 198 biji pil berwarna merah dan dua pil berwarna hijau disyaki dadah.
"Keseluruhan rampasan 990 biji pil berwarna merah dan 10 biji pil berwarna hijau disyaki dadah bernilai RM10,000," katanya menerusi kenyataan.










