Washington: Rumah Putih dikenakan sekatan akses sementara pada Isnin susulan dua insiden keselamatan berhampiran Taman Lafayette, yang terletak di utara kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Dalam kejadian pertama, sebuah kereta terbabas ke laluan pejalan kaki dan melanggar papan tanda maklumat, manakala seorang individu bertindak melompat melepasi penghadang berhampiran bahagian barat laut taman itu dalam insiden berasingan.

Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah kereta sedan berwarna perak memasuki laluan pejalan kaki di utara Taman Lafayette, yang terletak betul-betul di utara Rumah Putih.

Pemandu kereta itu dilihat bergelut dengan pegawai Perkhidmatan Rahsia AS dan anggota Pengawal Kebangsaan.