KUALA LUMPUR: Institusi asing meneruskan trend pembelian bersih di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, meneruskan aliran masuk bersih sebanyak AS$381.3 juta (RM1.54 bilion), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Dalam laporan aliran dana mingguannya pada minggu berakhir 6 November, MBSB memaklumkan institusi asing adalah pembeli bersih sepanjang lima hari dagangan, dengan aliran masuk tertinggi dicatatkan pada Selasa sebanyak RM152.4 juta, diikuti Isnin (RM102.5 juta), Khamis (RM55.0 juta), Jumaat (RM40.6 juta) dan Rabu (RM30.8 juta).

"Tiga sektor utama dengan aliran masuk bersih daripada institusi asing ialah perkhidmatan kewangan (RM249.5 juta), pengangkutan dan logistik (RM199.8 juta) dan pembinaan (RM191.4 juta)," menurutnya.