Kota Kinabalu: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Victor Sanjos dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu menggantikan Datuk Jauteh Dikun.

Majlis pemakaian pangkat Komisioner Polis dan serah terima tugas berlangsung di Auditorium Sayat-Sayat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid yang turut menyempurnakan pemakaian pangkat Komisioner Polis kepada Victor.

Pada majlis itu, Jauteh turut menyerahkan tugas kepada Victor menerusi upacara menandatangani dokumen serah terima tugas, penyerahan dokumen secara simbolik dan tongkat kuasa.