Tangga Batu: Tiada keperluan untuk kerajaan melakukan rombakan Kabinet meskipun terdapat kemungkinan seorang menteri meletakkan jawatan.
Sebaliknya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembubaran Parlimen bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat dilihat lebih sesuai.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata pembentukan Kabinet baharu sebaik-baiknya dilakukan selepas rakyat diberikan peluang untuk menentukan mandat menerusi pilihan raya.
"Saya tidak nampak adanya keperluan sekarang ini untuk mengadakan rombakan Kabinet, walaupun ada seorang yang mungkin komited untuk meletakkan jawatan ketika sampainya Datuk Seri Najib ke rumah beliau bagi menjalani baki hukuman.










