TEHRAN – Iran semalam menyatakan bahawa tenteranya kini semakin kuat sejak permulaan perang dengan Amerika Syarikat, ketika pengantara termasuk Qatar berusaha untuk menghalang sebarang pertempuran kembali meletus selepas kebuntuan konflik berlarutan selama berbulan-bulan.
Washington turut menawarkan ganjaran sebanyak AS$20 juta (RM81 juta) untuk sebarang maklumat berkaitan program nuklear Tehran.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata menerusi Instagram pada semalam bahawa dalam tempoh 48 jam yang lalu, beliau telah mengadakan perbualan telefon dengan menteri-menteri dari 12 negara.
Sementara itu, Presiden AS Donald Trump telah menghubungi Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, pada kelmarin bagi membincangkan usaha untuk menamatkan perang tersebut.








