Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,210 mangsa berbanding 4,731 orang yang direkodkan petang semalam.
Semakan di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati, setakat jam 8.30 pagi tadi, kesemua mangsa itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara di Selangor, Perak dan Sarawak.
Jumlah mangsa itu merangkumi 347 keluarga iaitu 805 mangsa berada di Selangor, Perak (398) dan Sarawak (7).
Kesemua mangsa banjir di Selangor ditempatkan di sembilan PPS sekitar Klang, Kuala Selangor, Shah Alam, Gombak dan Sabak Bernam.










