Kaherah: Sebuah bot nelayan Mesir bersama sembilan anak kapalnya dibebaskan selepas ditahan di Arab Saudi dan kini dalam perjalanan pulang ke Mesir, menurut Kementerian Luar Mesir pada Sabtu, lapor Xinhua.

Bot nelayan Mohamed Abu al-Azaim bersama anak kapalnya ditahan di wilayah Tabuk, Arab Saudi, berhampiran Laut Merah selepas tersilap memasuki perairan wilayah negara itu pada 16 Oktober.

Menurut Kementerian Luar Mesir, pembebasan itu adalah hasil usaha diplomatik dengan pihak berkuasa Arab Saudi.

Bot berkenaan telah berlepas dari Tabuk bersama kesemua sembilan nelayan Mesir selepas dibekalkan bahan api, makanan dan keperluan lain bagi memastikan perjalanan pulang mereka ke Mesir dengan selamat.