WASHINGTON: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi memberi amaran mengenai peningkatan ancaman keselamatan daripada kumpulan Houthi.

Ia susulan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid terpaksa ditutup sementara akibat serangan terbaharu, selepas menyambung semula sebahagian operasinya pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam amaran keselamatan terbaharu, kedutaan itu memaklumkan bahawa Jabatan Negara AS telah mengarahkan kakitangan kerajaan yang tidak terbabit dalam tugas kecemasan serta keluarga mereka meninggalkan Arab Saudi berkuat kuasa 23 Oktober.

"Houthi yang disokong Iran telah melancarkan serangan terhadap Arab Saudi, termasuk menyasarkan lapangan terbang awam dan infrastruktur kritikal lain, mengakibatkan korban dalam kalangan orang awam serta gangguan serius terhadap perjalanan," menurut kedutaan itu.