'Kakak sayang emak, ayah' - Anak mangsa kemalangan maut di Batu Pahat
Batu Pahat: "Kakak sayang emak, ayah". Itu ungkapan Hasya Fahira Zulkifli, 11, ketika mengucup jenazah ibu bapanya, Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, dan Mohd Hardi Mohd Husin, 46, yang maut susulan kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap lori muatan tar di Jalan Yong Peng-Muar, berhampiran Parit Yaani, di sini, semalam.
Ungkapan itu mengundang linangan air mata ahli keluarga terdekat yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada pasangan berkenaan.
Adik kepada arwah Mohd Hardi, Muhamad Ihsan, 30, berkata petang semalam, dia bertemu Hasya Fahira dan adiknya, Muhammad Adam, 8, untuk memaklumkan bahawa ibu bapa mereka sudah meninggal dunia.






