WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan di Alaska menolak usaha pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk campur tangan dalam pilihan raya pertengahan penggal di negeri itu, hanya beberapa hari sebelum pengundi keluar mengundi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut keputusan yang dikeluarkan, semalam, mahkamah membenarkan permohonan untuk menolak saman yang difailkan Jabatan Kehakiman AS, selain turut menolak aduan pindaan yang dikemukakan.
Berbeza dengan kebanyakan negeri di AS, sistem pilihan raya Alaska membenarkan hingga empat calon mara ke pilihan raya umum tanpa mengira gabungan parti.
Kes luar biasa itu tertumpu kepada dua calon Senat yang berkongsi nama keluarga 'Sullivan' dalam persaingan yang berpotensi menentukan parti mana akan menguasai Senat AS.






