Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melaksanakan undian awal dalam pilihan raya pertengahan penggal kongres, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Trump mengundi di Florida. Rakaman televisyen kemudian menunjukkan beliau bercakap kepada wartawan dengan pelekat "I Voted" pada jaketnya.
Wanita Pertama AS Melania Trump turut membuang undi bersama suaminya.
Menurut NBC, lebih 26.7 juta orang di seluruh AS telah mengundi dalam pilihan raya separuh penggal itu, sama ada di pusat mengundi atau melalui pos.









