WEST PALM BEACH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengundi lebih awal di negeri tempat tinggalnya, Florida, pada Sabtu bagi pilihan raya pertengahan penggal.
Pemilihan itu akan berlangsung pada 3 November ini, ketika Parti Republikan pimpinannya berusaha mengekalkan penguasaan di Kongres.
Trump dan isterinya, Melania, mengundi selepas presiden itu menghadiri rapat umum kempen di Georgia, sebuah negeri di selatan AS.
Trump berkata, beliau mengundi mengikut parti, iaitu hanya memilih calon daripada Parti Republikan.









