BANGI: Selangor menyasarkan pelaburan berjumlah RM90 bilion tahun ini, meningkat daripada RM80 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu susulan momentum pelaburan yang menggalakkan di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri yakin dapat terus menarik pelaburan domestik dan asing menerusi usaha memperkukuh daya saing ekonomi serta menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelabur.

"Kita menyasarkan pelaburan RM90 bilion tahun ini berdasarkan potensi dan prestasi pelaburan yang ditunjukkan Selangor," katanya ketika merasmikan Program MADANI Kita Komuniti Sungai Ramal di Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi di sini semalam.

Sebelum ini, Selangor merekodkan pelaburan diluluskan bernilai RM70 bilion bagi separuh pertama 2026, sekali gus memberi asas kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan sasaran pelaburan tahunannya.