Melaka: Pakatan Harapan (PH) dibina atas asas setia kawan yang teruji sejak sekian lama dan nilai itu perlu terus dipertahankan oleh semua parti komponen, khususnya calon baharu serta jentera pilihan raya gabungan berkenaan.

Ketua Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kekuatan gabungan itu bukan sekadar bergantung kepada persamaan politik, sebaliknya turut berteraskan kepercayaan, rasa hormat dan kesetiaan antara rakan seperjuangan.

Beliau yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, hubungan itu bermula sejak September 1998 dan terus bertahan melalui pelbagai cabaran sehingga PH berjaya menerajui kerajaan Persekutuan.

"Ini bukan cerita dua tiga tahun punya berkawan. Ini satu kisah setia kawan yang bermula sejak September 1998 sehinggalah sekarang.