Bekas ahli MKT Umno, Puad Zarkashi, mencadangkan parti politik bertanding solo pada PRN Melaka bagi menguji kekuatan masing-masing sebelum menghadapi PRU16.PETALING JAYA: Kecenderungan parti politik keberatan bertanding solo pada pilihan raya menjurus kebimbangan berlakunya perpecahan undi, kata penganalisis.

Syaza Shukri.Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, berkata perpecahan undi orang Melayu merupakan 'ketakutan terbesar', terutama Umno dan PAS.

“Sekiranya undi orang Melayu berpecah, mereka mungkin masih boleh menang, tetapi ia akan menjadi ulangan PRN Melaka 2021, di mana lebih satu pertiga daripada kerusi dimenangi majoritinya tipis.

"Rakyat mungkin akan mempersoalkan keabsahan (parti menang). Idea untuk (Umno dan PAS) bekerjasama adalah untuk menunjukkan mereka mendapat mandat rakyat, sekali gus membolehkan Pakatan Harapan (PH) ditumpaskan sepenuhnya," katanya kepada FMT.