Ahli MKT Umno, Nur Jazlan Mohamed, berkata Wawasan tidak wajar desak Umno menerima kemahuannya, sambil Ketua Penerangan Wanita Umno Rosni Zahari mahu kekuatan sesuatu parti diambil kira.PETALING JAYA: Dua pemimpin Umno menyambut dingin hasrat Wawasan untuk pertahan DUN Sungai Udang dan Bemban, merujuk status semasa Perikatan Nasional (PN) selain kemenangan tipisnya dua kerusi berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed, berkata ketika ini Umno hanya wajar berunding dengan PAS berhubung pembahagian kerusi memandangkan penggantungan PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“Lebih afdal dan adil isu permintaan kerusi Wawasan dimuktamadkan secara dalaman, selari dengan konsep komponen PN, dan bukan dengan cara mendesak Umno yang menerajui Barisan Nasional (BN).