Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkembangan kes penahanan 288 individu yang dikaitkan dengan ajaran Ahmadiyah Qadiani.

Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang maklumat lanjut dapat diberikan.

"Ini soalan baharu, jadi saya kena siasat dulu dan dapatkan maklumat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangannya sama ada ajaran itu difatwakan sesat dan pengikut yang ditahan dikenakan tindakan.