Tokyo: Pelumba Jepun, Ai Ogura, seakan-akan ditakdirkan melangkah ke MotoGP bersama Honda, namun keputusan mengejutkan menolak tawaran itu pada 2023 membuka laluan buatnya menyertai pasukan Yamaha empat tahun kemudian.
Ogura membina karier menerusi program pembangunan Honda, bermula dalam Asia Talent Cup sebelum beraksi bersama Honda Team Asia dalam kelas Moto3 dan Moto2.
Pelumba itu hampir dinaikkan ke kelas premier pada 2024 bersama LCR Honda, namun memilih untuk menolak tawaran berkenaan kerana mahu menumpukan perhatian kepada misi memburu gelaran dunia sebelum melangkah ke MotoGP.
Keputusan itu menyaksikan Ogura berpindah daripada Honda Team Asia ke MT Helmets-MSI bagi menghadapi musim 2024, satu langkah yang akhirnya membuahkan hasil apabila beliau muncul juara dunia Moto2 pada tahun berkenaan.








