Kuala Lumpur: Insiden kad merah yang diterima Petrus Shitembi pada minit ke-60 jelas menjadi titik perubahan yang menghukum Kuching City FC (KCFC) apabila mereka terpaksa akur tumbang 2-3 di tangan DPMM FC, malam tadi.
Pengendali KCFC), Aidil Sharin Sahak mengakui bahawa kehilangan seorang pemain menyebabkan benteng pasukannya hilang fokus dalam tempoh singkat sehingga dibolosi dua gol pantas oleh pasukan tuan rumah.
Menurutnya, sebelum layangan kad merah berkenaan, anak buahnya berada dalam posisi selesa selepas berjaya bangkit daripada ketinggalan awal untuk mendahului perlawanan.
"Selepas insiden kad merah itu, segala-galanya berlaku dengan sangat pantas. Pasukan lawan memanfaatkan peluang menerusi sepakan percuma dan beberapa minit kemudian ketika kami belum sempat kembali tenang, mereka menjaringkan satu lagi gol.






