Kuala Lumpur: Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) berpandangan bahawa penggunaan gelaran negatif seperti ulama su' terhadap mana-mana tokoh ulama al-Azhar adalah tidak wajar.
WOAG Malaysia dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan penilaian dibuat berdasarkan perbezaan pendirian dan pandangan dalam persoalan politik adalah tidak wajar.
"Perbezaan ijtihad politik tidak seharusnya dijadikan asas untuk menafikan kewibawaan keilmuan, ketokohan dan sumbangan seseorang ulama dalam tradisi keilmuan Islam.
"Pandangan politik seseorang ulama boleh dinilai, dibahaskan dan dikritik secara ilmiah, namun kritikan itu perlu berlandaskan adab, keadilan serta penghormatan terhadap institusi keilmuan.









