JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengesan ada pihak mengumpul dana yang kononnya bertujuan membantu mangsa perang di palestin tetapi sebenarnya disalurkan bagi membiayai kegiatan pengganas di sini.
Sikap pemurah rakyat Indonesia dan semangat perpaduan mereka terhadap penderitaan rakyat Palestin akibat konflik di Gaza kini dieksploitasi pihak tertentu.
Ketua Badan Nasional Pencegahan Pengganasan (BNPT), Eddy Hartono, berkata pihak berkuasa mengesan beberapa kes pembiayaan pengganasan seumpamanya.
Mereka berselindung di sebalik pertubuhan bukan mencari keuntungan, yayasan kebajikan, wadah kutipan derma awam dan kempen mengumpul dana menerusi media sosial.






