Membeli kereta pertama bukan sekadar soal kemampuan menyediakan bayaran bulanan, sebaliknya memerlukan pertimbangan terhadap keperluan penggunaan dan kos pemilikan dalam jangka panjang.

Bagi golongan profesional muda dan keluarga yang sedang berkembang, kenderaan perlu memenuhi pelbagai peranan, daripada perjalanan ke tempat kerja dan urusan harian hingga membawa penumpang serta barangan keperluan.

Justeru, aspek seperti keselamatan, keselesaan, kebolehpercayaan, kos pemilikan yang munasabah serta praktikaliti kereta wajar dinilai sebelum membuat pembelian.

Harga kenderaan mungkin menjadi pertimbangan utama pada peringkat awal. Namun, kos yang ditanggung sepanjang tempoh pemilikan turut mempengaruhi nilai sesebuah kenderaan.